CATATAN EDITOR

sabahheadlines
2 Min Read

Sesuatu yang tidak pernah saya ceritakan pada siapa-siapa. Memang benar hanya selepas kematian itu menjemput baharulah akan keluar segala kebaikkan tetapi perkara ini adalah nyata dan bukti jelas bila ribuan umat Islam membanjiri Masjid Bandaraya, yang bukan sahaja untuk menunaikan solat Jumaat tetapi untuk bersana menunaikan solat jenazah …sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.
Apapun bukan itu yang mahu saya ceritakan tetapi satu perkara yang selama ini saya diamkan tentang kemurahan hatinya, tentang mudahnya dia bersetuju tanpa sebarang kecurigaan atau was-was.
Saya pernah berkhidmat dengan dia sesudah Akhbar Borneo Mail ditutup tetapi kami secara tidak langsung telah berkawan sebelum itu lagi. Sebagai manusia memang ada kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dan memang benar sewaktu kita hidup cerita tentang kebaikkan yang kita buat tidak akan digempar-gempurkan…dan bila mendapat perkhabaran tentang keadaannya, tiada apa yang boleh saya buat kecuali mendoakan dia tetapi Allah itu maha mengetahuinya…
Saya sering mengajak beberapa kawan termasuk beberapa pemimpin yang saya kenal untuk beramal bukan sahaja pada waktu Ramadan ketika Aidilfitri semakin mendekat tetapi juga beberapa perkara lain seperti bersedekah kepada asnaf, mangsa tanah runtuh, sakit dan sebagainya. Dan dia adalah antara pemimpin yang paling mudah memberi respon tanpa banyak bicara.
Kini ramadan akan kita raikan tidak lama lagi dan saya yakin Allah itu maha pengasih, pastinya akan ada yang seperti dia, yang mudah memberi dan teramat mudah untuk beramal.
Sebagai manusia, saya memang terasa dengan pemergiannya namun saya percaya Allah itu maha pengasih.
Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dicucuri rahmat.

Al-fatihah (dibaca)Catatan Editor

Share This Article