UMS DEKATI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI PPR TAMAN SERI SAPAGAYA

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 5 Okt – Program Khidmat Masyarakat Berteraskan Penyelidikan 2025 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di PPR Taman Seri Sapagaya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat termasuk masyarakat luar bandar dan kampung berhampiran.

Program berimpak tinggi itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian PGRS DUN Silam, Datuk Mizma Appehdullah, yang menyifatkan inisiatif tersebut sebagai platform terbaik dalam memperkasa masyarakat melalui ilmu dan pendidikan

“Program seperti ini bukan sahaja memberi maklumat kepada anak-anak kita tentang cara memasuki universiti tetapi turut menyampaikan ilmu berteraskan pelbagai bidang penyelidikan yang ada di UMS.

Sambutan daripada masyarakat khususnya di PPR Taman Seri Sapagaya dan kampung sekitarnya, amat menggalakkan,” katanya.

Mizma turut menzahirkan penghargaan kepada Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Haji Mansor dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UMS, Profesor Dr Jumat Sulaiman atas komitmen mereka menjayakan program tersebut.

Beliau berharap penganjuran seperti ini dapat diteruskan di kawasan lain di Lahad Datu sebagai usaha berterusan mendekatkan universiti dengan masyarakat.

Tamat

Share This Article