SANDAKAN, 16 MEI – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sandakan menahan empat lelaki dalam Ops Tapis di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, kelmarin.
Operasi yang dijalankan antara jam 10 pagi hingga 4 petang itu membawa kepada penahanan tiga individu kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Seorang lagi lelaki turut ditahan selepas dipercayai memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.
Semua suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan air kencing sebelum didapati positif Methamphetamine dan Amphetamine.
Mereka seterusnya ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini direman di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.
Operasi berkenaan dilaksanakan selaras usaha Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman dalam membanteras kegiatan dadah di daerah itu.
