PANTAU PASARAYA YANG SERING OFF LINE

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ editor

BEAUFORT (2 SEPTEMBER): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup disaran agar membuat pemantauan terhadap pasar raya yang sering ‘off line.’

Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias, Haji Mohd Jali Nordin di sini hari ini.

“Ada runggutan orang ramai terhadap beberapa pasar raya bahawa mereka tidak dapat menggunakan pembelian barangan menggunakan kad pengenalan kerana dimaklumkan oleh pihak pasar raya tersebut sistem off line,” katanya.

Menurutnya kesukaran orang ramai itu telah berlaku sejak 31 Ogos dan sehingga ke hari ini.

Katanya pemantauan itu penting bagi memastikan pasar raya tersebut enggan menerima pembayaran menggunakan kad pengenalan.

Menurutnya jika benar pasar raya itu hanya mahukan pembayaran tunai dan tidak mahu menerima pembayaran menerusi kad pengenalan, maka tindakan tegas perlu diambil.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan…jika pasar raya itu sengaja berbuat demikian ada baiknya mereka menarik diri daripada menyertai program pembayaran menerusui kad pengenalan.

“Agak menghairankan kerana sistem off line itu berlaku sejak bermulanya pembayaran menggunakan kad pengenalan pada 31 Ogos sehingga ke hari ini,” katanya lagi.

Mohd Jali juga meminta agar pemantauan turut dibuat di stesen-stesen minyak.

Katanya pemantauan harus segera dibuat dan tidak menunggu aduan dibuat.

Bertindaklah segera dan jangan menunggu sehingga ada aduan baharu bertindak,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article