KERAJAAN GRS PRIHATIN TERHADAP RAKYAT

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU (5 OKTOBER): Penambahan sepuluh unit rumah mesra Sabah Maju Jaya membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) terhadap rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan berkata, penambahan itu menjadi simbol keberkesanan dasar SMJ yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri kerana penambahan itu kerana ia memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga dan masih bergelut dengan kos sara hidup serta kekangan tempat tinggal,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata penambahan itu sudah tentu memberi kelegaan kepada anak muda.

Sabtu lalu, Ketua Menteri mengumumkan penambahan sepuluh unit rumah SMJ bagi setiap DUN.

Pada tahun ini, rumah mesra SMJ yang diperuntukkan bagi setiap DUN hanya 40 unit.

Dalam pada itu Nizam berkata, projek rumah mesra SMJ itu mencerminkan keberanian dan keikhlasan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan perumahan rakyat dilaksanakan secara menyeluruh.

Tamat

Share This Article