KOTA KINABALU (6 OKTOBER): Teka-teki bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubar mungkin berakhir esok.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dijangka membuat pengumuman itu esok di Menara Kinabalu.
Spekulasi itu semakin kuat apabila semua wakil rakyat Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan dijemput untuk ke Menara Kinabalu esok.
Pembubaran itu dikatakan sepatutnya pada 3 Oktober sesudah Hajiji bertemu dengan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri pada petang Khamis.
Bagaimanapun Pejabat Media Jabatan Ketua Menteri menafikan perkara itu dan hanya mengatakan pembubaran tidak dilakukan sehingga hujung minggu ini (hari ini).
Tamat
