Datuk Amirshah Yaakub Seru Pengundi Turun Memilih Demi Masa Depan N.52 Sungai Sibuga

sabahheadlines
1 Min Read

SUNGAI SIBUGA, 29 Nov— Calon GRS bagi DUN N.52, Datuk Amir @ Amirshah Yaakub (Calon No. 4) menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian hari ini yang merupakan hari penentu bagi masa depan Sungai Sibuga.

Beliau menekankan bahawa setiap undi mampu membawa harapan baharu untuk keluarga, komuniti serta pembangunan kawasan itu secara menyeluruh.

Datuk Amirshah menawarkan visi pembangunan yang berfokus kepada silaturahim yang erat bersama masyarakat, pembangunan ekonomi rakyat, pemerkasaan belia, penambahbaikan infrastruktur serta penyediaan khidmat yang lebih dekat dan berkesan.

Beliau bertekad membina masa depan Sungai Sibuga yang bersatu padu, makmur dan penuh kasih sayang.

Beliau turut memohon sokongan dan undi pengundi bagi merealisasikan rancangan pembangunan tersebut demi manfaat semua lapisan masyarakat.

TAMAT

Share This Article