BELIA SUNGAI MANILA MATANG, BERFIKIRAN HEBAT-HAZEM

sabahheadlines
2 Min Read

Hazem bersama Mohd Ridwan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima

SANDAKAN (23 OGOS): Belia Sungai Manila mampu membuktikan kematangan dan memiliki pemikiran yang hebat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Tun Musa berkata belia di kawasan itu bukanlah belia yang mudah dipengaruhi dengan pelbagai fitnah.

“Belia Sungai Manila adalah belia yang berfikiran matang dan tahu membuat penilaian,” katanya pada program santai bersama belia Sungai Manila di sini malam kelmarin

Katanya belia Sungai Manila juga merupakan belia yang tahu berterima kasih.

Beliau berkata ada pihak melihat dan beranggapan bahawa golongan belia adalah golongan yang mudah dipengaruhi dan dipergunakan.

“Belia Sungai Manila akan membuktikan bahawa anggapan itu adalah salah …saya mahu menegaskan jangan perkecilkan belia Sungai Manila,” katanya lagi.

Hazem berkata kerajaan pada hari ini tetap mengutamakan pembangunan belia di negeri ini.

Bukan hanya dalam bidang keusahawanan tetapi juga dalam bidang pendidikan, katanya.

Menurutnya pelbagai inisiatif untuk belia telah diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Inisiatif itu tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan itulah sebab mereka mahu memesongkan pemikiran golongan belia,” katanya lagi.

Program santai bersama belia turut dihadiri kira-kira 300 belia muda di Sungai Manila.

Hadir sama, Mohd Ridwan Thani CDO UPPM Sungai Manila, OKK Haji Awang Zakaria Haji Maria Ketua Mahkamah Anak Negeri Sandakan.

Tamat

Share This Article