sh@ editor
BEAUFORT (30 JULAI): Pemimpin masyarakat diminta agar menyebarkan maklumat yang tepat bagi membendung gejala fitnah yang berleluasa.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata gejala fitnah itu perlu dibendung bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh.
“Fitnah banyak disebarkan menerusi media sosial seperti tik tok dan ini perlu untuk dibendung,” katanya selepas merasmikan penutupan kursus transfomasi kepimpinan ketu-ketua adat daerah Beaufort di Dewan Pa’ Musa di sini hari ini.
Katanya pemimpin masyarakat seperti ketua daerah, ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri serta ketua kampung perlu memainkan peranan itu.
Menurutnya kerajaan ketika ini telah melaksanakan insentif untuk rakyat seperti bantuan perumahan, pendidikan dan sebagainya.
“Kerajaan juga sentiasa mengutamakan rakyat dan pemimpin masyarakat pasti tahu usaha serta kesungguhan kerajaan …inilah yang harus disebarluaskan,” katanya lagi.
Kursus selama dua hari itu disertai oleh Ketua-Ketua Adat Mahkamah Anak Negeri Beaufort ( Klias & Lumadan ) .
Dalam.pada itu Isnin meminta agar pemimpin masyarakat tidak bertindak sebaliknya.
“Jangan bertindak menentang kerajaan dan turut menyebar fitnah sebaliknya kita biarlah amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya lagi.
Tamat
