PENERIMA RUMAH SMJ TERHARU MEMILIKI RUMAH PERCUMA KERAJAAN – HAZEM

sabahheadlines
1 Min Read

Hazem menyampaikan kunci masuk rumah SMJ kepada tiga penerima di kampung Pampang dan Pangkalan di Jalan Sungai Batang.

SANDAKAN (23 OGOS): Penerima rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) melahirkan rasa terima kasih kepada ketua menteri dan kerajaan.

Luahan itu dinyatakan pada majlis penyerahan kunci yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Tun Musa.

“Saya sudah lama menanti dan akhirnya dapat…terima kasih kepada ketua menteri dan kerajaan,” kata Kartika Mig, salah seorang penerima dan Saidah binti Omar Baki penerima di kampung Pampang Batu 10.

Seorang lagi penerima, Noorfaujiah Basrie yang menerima rumah bantuan percuma itu di Kampung Pangkalan turut mengucapkan terima kasih kepada Hazem selain ketua menteri dan juga kerajaan.

Sementara itu Hazem berkata rumah SMJ itu adalah salah satu usaha yang dilaku oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

“Kerajaan pimpinan ketua menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis penyampaian itu, CDO Mohd Ridwan Thani

Tamat.

Share This Article