Bangunan Baharu Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Marudu Dilancar

sabahheadlines
1 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

KOTA MARUDU, 16 Februari 2026 – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh agenda pendidikan dan literasi apabila Majlis Pelancaran Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baharu Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Kota Marudu disempurnakan hari ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, pembinaan perpustakaan baharu itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas akses ilmu pengetahuan, selain merapatkan jurang maklumat antara kawasan bandar dan luar bandar selaras aspirasi Sabah Maju Jaya.

Menurut beliau, perpustakaan kini berperanan lebih luas sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, hab komuniti serta rujukan maklumat digital yang mampu memenuhi keperluan masyarakat pelbagai lapisan.

“Apabila siap kelak, kemudahan ini dijangka memberi manfaat besar kepada pelajar, belia, usahawan kecil dan seluruh komuniti di daerah Kota Marudu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan warga kerja PNS serta semua agensi terlibat yang menjayakan pelaksanaan projek berkenaan.

Sabah ketika ini mempunyai 25 cawangan perpustakaan dan 73 perpustakaan desa di seluruh negeri sebagai usaha berterusan membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat.

Datuk James menegaskan, pelaburan dalam bidang ilmu dan pendidikan merupakan langkah strategik terbaik demi memastikan masa depan Sabah terus maju dan berdaya saing.

Ends

Share This Article