SABAH LANCAR PELAN PEMBANGUNAN SABAH MAJU JAYA 2.0, FOKUS PELAKSANAAN BERKESAN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 27 Jan – Kerajaan Sabah akan melancarkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 pada Jumaat ini, 30 Januari, sebagai kesinambungan usaha pembangunan negeri dengan tumpuan kepada pelaksanaan berkesan dan keutamaan Sabah terlebih dahulu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, SMJ 2.0 dirangka bagi menterjemahkan kestabilan yang dicapai sebelum ini kepada hasil pembangunan yang dapat dirasai rakyat, selepas negeri berdepan implikasi kewangan dan kelewatan projek akibat perubahan dasar sebelum ini.

Menurut beliau, SMJ 1.0 memberi penekanan kepada pemulihan keyakinan dan pengukuhan disiplin fiskal, manakala SMJ 2.0 akan memacu fasa transformasi berasaskan prinsip Rumah Kita, Kita Jaga melalui empat tonggak utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Beliau berkata, pelan berkenaan akan memberi keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan asas, pembangunan kemahiran masa depan, pengembangan industri baharu serta pengukuhan perpaduan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat Sabah.

TAMAT

Share This Article