Hajiji Hadiri Mesyuarat MBKM Ke-148 Dipengerusikan Perdana Menteri

sabahheadlines
1 Min Read

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Bangunan Parlimen, hari ini.

Hajiji berkata, mesyuarat berkenaan menjadi wadah penting dalam memperkukuh penyelarasan dasar antara kerajaan negeri dan Persekutuan, selain membolehkan pandangan serta kepentingan negeri terus diketengahkan di peringkat nasional.

Menurutnya, kerjasama yang mantap antara kedua-dua pihak amat diperlukan bagi memastikan kestabilan politik dan pembangunan berterusan, khususnya demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Beliau turut menegaskan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi elemen utama dalam menjamin masa depan Sabah yang lebih kukuh dan terjamin.

TAMAT

Share This Article