SH-SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: 14 April – Insiden penculikan pada 15 Januari tahun 2020 merupakan yang terakhir dilaporkan berlaku.
Sehingga kini kes penculikan seumpama itu sudah tidak ada lagi dilaporkan berlaku di kawasan ESSZONE.
Komander ESSCOM DCP Datuk Victor B Sanjos berkata, ini adalah hasil daripada kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan awam menjadikan EssZone satu benteng aman.
” Kes penculikan terakhir adalah pada 15 Januari 2020..sehingga kini tidak ada. Kita harap supaya keadaan keamanan kekal sampai bila bila.,katanya.
Beliau berkata kepada media selepas upacara Perbarisan sambutan ulangtahun ke 12 ESSCOM di sini bertempat di dewan markas operasi Pasukan Polis Marin pagi Isnin.
TAMAT
