RAKYAT MAHUKAN PENYELESAIAN: TKM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,10 FEBRUARI- Rakyat mahukan penyelesaian terhadap masalah bekalan air.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalan berkata, rakyat tidak mahukan cadangan tetapi mahukan penyelesaian.

“Rakyat tidak mahu mendengar apa cadangan dinyatakan …rakyat mahukan penyelesaian,” katanya ketika mendengar taklimat mengenai isu air ketika lawatan ke pejabat Air Sandakan

Beliau berkata, kawasan atau lokasi yang terputus bekalan air perlu diberi keutamaan menerusi penghantaran air.

“Mana-mana lokasi yang tiada di situlah bagi penghantaran,” katanya lagi.

Joachim berkata, mana-mana lokasi yang kritikal hendaklah dimaklumkan.

Mengenai Hilton, beliau meminta agar dimaklumkan sama ada kebocoran berlaku semua atau separuh.

Katanya, penyelesaian mengenai perkara itu ialah membina borehole yang baharu.

TAMAT

Share This Article