PENYEDIA MAKANAN PERLU TITIKBERATKAN KUALITI MELALUI LATIHAN – HAJAH MERDILINE

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN,10 FEBRUARI-Kesedaran mengenai kualiti dan tahap kebersihan penyedia makanan perlu dititikberatkan terutama kepada bakal peniaga di bulan Ramadan,”kata Hajah Merdiline Haji Albaris.
Katanya keenakan sesuatu makanan bukan sekadar kepada rasa tetapi juga kepada kualitinya.
“Kualitu sesuatu makanan itu merupakan pelengkap kepada rasa makanan yang dihidangkan.
“Makanan yang berkualiti itu penting kepada kita dan ia sewajarnya diutamakan,” katanya ketika merasmikan Kursus Latihan Pengendali Makanan kepada 100 Wanita Peniaga dan Penjaja bulan Ramadan di Sungai Manila baru baru ini.
Menurutnya, kualiti sesuatu makanan itu akan menambahkan tarikan kepada makanan itu.
Bagaimanapun beliau berkata kualiti itu bukan bergantung kepada soal kebersihan semata-mata tetapi kepada bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu makanan.
“Premis atau gerai makanan sudah tentu menarik jika ianya bersih tetapi ia akan bertambah seri jika makanan iti berkualiti,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu Mardiline berharap peserta kursus itu akan mempergunakan pengetahuan yang diperolehi untuk menghasilkan makanan yang berkualiti.
“Saya yakin pengetahuan yang diperolehi amat berguna kepada peserta,” katanya
Kursus Latihan Pengendali Makanan itu dianjuran FB TRAINING ACADEMY telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari, iaitu pada 7 dan 8 Februari 2026, dengan penyertaan seramai 100 orang peserta.
Program ini dijalankan secara bersiri, di mana Siri Pertama berlangsung pada 7 Februari 2026 melibatkan dua sesi, iaitu sesi pagi (25 peserta) dan sesi petang (25 peserta). Siri Kedua pula diteruskan pada 8 Februari 2026 dengan majlis penyampaian Sijil kepada para peserta.
Program ini telah berlangsung dengan lancar dengan kerjasama dan Persatuan Senilis Sandakan dan semua pihak serta komitmen para peserta.

TAMAT

Share This Article