KOTA KINABALU, 8 JANUARI 2026– Kerajaan Negeri Sabah menerima sumbangan berjumlah RM4.17 juta daripada POIC Sabah sekali gus mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam menyokong pembangunan ekonomi negeri.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memaklumkan sumbangan berkenaan merangkumi RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan berjumlah RM2.17 juta bagi tahun 2025.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan tersebut dan akan memastikan setiap hasil dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkukuhkan ekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah.
Sumbangan itu disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius TANGAU selaku Pengerusi POIC Sabah yang baharu menerusi penyerahan replika cek kepada Puan Chee Shok Ting, Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan.
Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan , Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta Datuk Fredian Gan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC Sabah.
TAMAT
