BBP Keningau Pantau Paras Air Susulan Hujan Berterusan

sabahheadlines
1 Min Read

Keningau, 30 Jan – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Skuad Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menjalankan pemantauan awal di beberapa lokasi dikenal pasti berisiko susulan hujan yang melanda daerah ini, tengah hari tadi.

Tinjauan melibatkan kawasan Sungai Pegalan, Apin-Apin, Sungai Pamalan serta sekitar Tamu Ground Keningau bagi menilai paras air semasa, perubahan aliran sungai dan tahap kesiapsiagaan awal sekiranya berlaku peningkatan mendadak.

Menurut pihak bomba, setakat ini keadaan masih berada dalam keadaan terkawal, namun didapati terdapat perubahan pada kualiti air sungai yang menjadi keruh. Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada, mengelakkan aktiviti berhampiran sungai ketika hujan berterusan serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

BBP Keningau memaklumkan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.BBP Keningau Pantau Paras Air Susulan Hujan Berterusan.

TAMAT

Share This Article