SAWIT KINABALU SALUR ZAKAT PERNIAGAAN RM4.5 JUTA KEPADA MUIS

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 13 MEI – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman hari ini menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM4.5 juta oleh Sawit Kinabalu Sdn Bhd kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi tahun 2024 dan 2025.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Sawit Kinabalu, Datuk Haji Hazem Mubarak kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih, dalam satu majlis di sini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu, Dato’ Victor P. Paut, Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, barisan Ahli Lembaga Pengarah syarikat serta Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali.

Share This Article