PAPAN IKLAN DI KINABATANGAN JADI SIMBOL KENANGAN , LEGASI BUNG MOKHTAR TERUS HIDUP

sabahheadlines
2 Min Read

​KINABATANGAN –22 JAN- Suasana hiba menyelubungi warga Kinabatangan apabila sebuah papan iklan (billboard) menjadi tumpuan yang memaparkan pesanan terakhir dan kesinambungan legasi Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

​Papan iklan yang didirikan di kawasan strategik itu bukan sekadar hiasan politik malah menjadi simbol penghormatan buat pemimpin ulung yang telah banyak berjasa kepada rakyat di kawasan tersebut.

​Apa yang paling menarik perhatian adalah petikan ayat yang tertera: “Kita Akan Tetap Bersama Untuk Selamanya, Cuma Lain Suasana.” Ayat ini membawa makna yang mendalam, menggambarkan bahawa walaupun jasad Allahyarham sudah tiada namun semangat dan prinsip perjuangannya akan sentiasa mendampingi pengikut serta rakyat Kinabatangan.

​Papan iklan tersebut menampilkan imej Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar dalam tona hitam putih di bahagian tengah seolah-olah “memerhatikan” dan merestui langkah generasi seterusnya.

Di kiri dan kanannya, berdiri teguh dua tokoh muda, Naim dan Miha, dengan kapsyen jelas: “Naim dan Miha teruskan perjuanganmu.”
​Ini dilihat sebagai pengesahan bahawa obor perjuangan Barisan Nasional (BN) di Kinabatangan kini digalas oleh pewaris kepimpinan beliau bagi memastikan kesinambungan khidmat bakti kepada masyarakat tidak terhenti.

Mesej rakyat ​menerusi tanda pagar #KinabatanganBest dan #NaiMove, kempen ini juga dilihat mula tular di media sosial seperti TikTok dan Facebook atas nama Naim Moktar.

Ramai penduduk tempatan menyifatkan visual tersebut sebagai satu bentuk penghargaan (tribute) yang sangat bermakna buat pemimpin yang telah pergi.

​Legasi Yang Tak Padam
​Walaupun kini berada dalam “suasana” yang berbeza tanpa kehadiran fizikal Allahyarham komitmen yang ditunjukkan melalui paparan visual ini memberi mesej jelas kepada pihak lawan dan penyokong bahawa pengaruh dan jasa Bung Moktar akan terus menjadi nadi penggerak politik di kawasan tersebut.

TAMAT

Share This Article