KOTA KINABALU, 14 Januari 2026 – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh kecekapan operasi pelabuhan menerusi perbincangan khas bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Sepanggar dan pelabuhan lain di negeri ini.
Perbincangan yang dipengerusikan itu menekankan kepentingan kerjasama menyeluruh dalam rantaian perkhidmatan pelabuhan bagi menyokong agenda Kerajaan Sabah melalui Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) untuk meningkatkan pelaburan, perindustrian dan keusahawanan.
Komitmen JKDM yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bersama agensi berkaitan dalam proses verifikasi kargo turut dihargai sebagai langkah penting mempercepat aliran perdagangan.
Menurut beliau, keutamaan kepada kepentingan Sabah secara kolektif diyakini mampu menangani isu kesesakan pelabuhan dengan lebih berkesan, khususnya di Pelabuhan Sepanggar.
Beliau turut menegaskan peranan kepimpinan yang berteraskan agenda Sabah First sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh rangkaian bekalan serta perkhidmatan industri dan keusahawanan di negeri ini.
TAMAT
