Suspek Kes Pecah Rumah Ditahan di Tawau

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 14 Januari 2026 – Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Chung Hwa, Batu 5 Jalan Apas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 36 hingga 46 tahun ditahan hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah berkenaan.

“Polis menemui sebuah tong gas, satu unit pembesar suara, sebuah gergaji rantai, satu pasport milik seorang wanita serta seplastik mengandungi pelbagai jenis perhiasan tradisional yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.

TAMAT

Share This Article