SANDAKAN 2 JAN 2026-Tourism Malaysia meletakkan sasaran 43 juta pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, Mohamed Sharir berkata sememangnya sasaran itu agak tinggi.
“Tetapi harapan besar kami dengan terjalinnya kerjsama erat dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan rakyat dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia …dengan harapan objektif sasaran itu tercapai,” katanya kepada media di sini hari ini.
Ditanya berapa sasaran untuk Sabah, beliau berkata perkara itu perlu ditanya kepada Sabah Tourism Board.
Katanya, Tourism Malaysia bekerjasama rapat dengan Sabah Board Malaysia dalam melaksanakan aktiviti.
Mengenai soalan tentang tambang penerbangan, Mohamed enggan untuk mengulas.
Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya menyediakan geran untuk syarikat penerbangan.
Geran itu, katanya, untuk syarikat penerbangan bagi membantu promosikan Tahun Melawat Malaysia.
TAMAT
