Kereta Musnah Terbakar di Jalan Sepanggar

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 27 Disember — Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di hadapan sebuah premis di Jalan Sepanggar, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.43 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.

Menurut Komander Operasi, Faizal bin Alias, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 6.57 petang dan mendapati sebuah kenderaan terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.20 malam dan operasi ditamatkan kira-kira 11 minit kemudian.

Setelah pemeriksaan mendapati tiada risiko bahaya lain di kawasan kejadian.

Seramai lapan anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan membabitkan sebuah jentera LFRT dan sebuah EMRS.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

TAMAT

Share This Article