sh@ Sante Villiamon
KOTA KINABALU (30 JUN): Kerajaan tidak pernah mengabaikan peranan media kepada masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan.
“Kerajaan amat menghargai dan memahami keperluan media,” katanya pada Kinabalu Press Award di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jonistan Bangkuai.
Hajiji berkata sokongan dan bantuan yang diberikan kerajaan termasuklah memberikan penajaan untuk anugerah itu pada setiap tahun.
Beliau berharap media akan sentiasa memainkan peranan penting sebagai penyedia maklumat yang dipercayai, penyampai berita yang sahih dan juga platform untuk memperolehi info yang lebih cepat dan tepat kepada masyarakat.
Tamat
