Kota Kinabalu, 27 Disember 2025 – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux Vigo di Flyover Jalan Lintas, Kota Kinabalu di sini kelmarin.
Menurut Komander Operasi, PBK II Yohanis Sipin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 13:34 dan jentera tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian pada pukul 13:39.
Jarak lokasi kejadian adalah lebih kurang 4 kilometer dari balai.
Operasi berakhir sepenuhnya pada pukul 14:03.
Mangsa, seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Pasukan bomba turut melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain selepas kemalangan berlaku.
TAMAT
