Penunggang Motosikal Maut Terbabas di Bulatan Yu Sang Kopungit, Kota Kinabalu

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 26 Disember 2025 – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sendiri dan melanggar pokok sebelum terjunam ke dalam longkang di Bulatan Yu Sang Kopungit, Kota Kinabalu, petang kelmarin.

Keadaan Kejadian
Menurut Komander Operasi, PBK II Norejan Bin Jamlin@Azlan kejadian berlaku sekitar jam 17:41 apabila motosikal jenis Yamaha Y15 hilang kawalan.

Pasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu tiba di lokasi pada jam 5:45 petang kira-kira 3 kilometer dari balai dengan kekuatan 9 anggota menggunakan FRT-1 dan EMRS-1.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan keselamatan turut dilakukan oleh pasukan bomba bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

TAMAT

Share This Article