RUMAH TERBUKA ERATKAN PERPADUAN RAKYAT – DATUK ISNIN ALIASNIH

sabahheadlines
1 Min Read
Isnin bersama penerima sumbangan

SH-Aleeya Villiamon

KOTA MARUDU (20 April): Amalan majlis rumah terbuka sewaktu perayaan berupaya mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata amalan itu merupakan budaya yang positif dan perlu diteruskan.

“Amalan inilah yang menghadirkan rakyat daripada pelbagai suku kaum dan juga agama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri GRS Bandau di sini hari ini.

Menurutnya amalan itu sudah lama dilakukan dan ianya perlu untuk diteruskan pada masa seterusnya.

Bagaimanapun Isnin melahirkan rasa kecewa apabila ada pihak cuba memesongkan amalan itu dan menjadikannya untuk kepentingan diri.

Tamat

Apa khabar…..Isnin bertanya khabar kepada pengunjung rumah terbuka hari raya di Kota Marudu

Share This Article