Lima Cadangan Penambahbaikan kepada KPLB

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU-25 Dia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan lima cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) susulan isu rumah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ) yang didapati tidak diduduki selepas siap dibina.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, cadangan itu antaranya melibatkan penetapan kriteria penerima yang lebih ketat termasuk hanya Ketua Isi Rumah layak memohon, larangan menyewakan atau memindah milik rumah serta kewajipan merobohkan rumah usang selepas rumah baharu disiapkan.

Menurutnya, SPRM Sabah turut mencadangkan mekanisme pemantauan menyeluruh sebelum, semasa dan selepas pembinaan, penggunaan borang permohonan rasmi yang disertakan peringatan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selain pelaksanaan taklimat garis panduan kepada semua pihak terlibat.

Sementara itu, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Myrna Jimenez menyambut baik cadangan berkenaan dan memaklumkan kementerian akan mengambil tindakan susulan bagi memperkukuh kelemahan sedia ada.

“KPLB akan meneliti dan melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan bagi memastikan pelaksanaan RMSMJ lebih berintegriti dan berkesan,” katanya.

TAMAT

Share This Article