TAWAU, 25 Disember 2025 — Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes curi di sebuah kedai serbaneka di One Arena Jalan Chong Thien Vun di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat oleh Unit Peronda MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau selepas menerima makluman mengenai kejadian berkenaan ketika rondaan dijalankan.
“Suspek lelaki berusia kira-kira 46 tahun yang merupakan pekerja kedai berkenaan ditahan di lokasi kejadian.
Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai hasil curi,” katanya.
Menurut beliau, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
TAMAT
