SEKONG, 28 NOV— Calon GRS No. 2 bagi DUN N53, Puan Sri Diana Diego menegaskan bahawa keputusan pengundi hari ini akan menentukan nasib dan hala tuju masa depan Sekong.
Beliau bertekad untuk membina harapan baharu serta memperjuangkan aspirasi generasi muda di kawasan itu selaras dengan visi pembangunan yang inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
Puan Sri Diana mengajak semua pengundi untuk tidak melepaskan peluang penting ini dan bersatu hati bagi merealisasikan perubahan yang diimpikan.
Katanya, semangat kesatuan dan penglibatan rakyat adalah kunci untuk membawa N53 Sekong ke arah masa depan yang lebih stabil, progresif dan sejahtera.
TAMAT
