KERAJAAN GRS + PH SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT

sabahheadlines
3 Min Read

SANDAKAN (17 OKTOBER): Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah + Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Dakwaan kononnya Kerajaan GRS+PH gagal seperti yang ditularkan dalam media sosial adalah cuba untuk menafikan apa yang telah dilakukan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sungai Sibuga Datuk Amirshah Yaakub berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan GRS+PH untuk rakyat.

“Ia termasuklah usaha untuk mengatasi masalah air, jalan dan juga elektrik …ini semua adalah untuk rakyat,” katanya di sini hari ini.

Antaranya termasuklah melaksanakan projek-projek LRA, penambahbaikan dan sistem bekalan air, katanya dan menambah, setakat ini, ada sembilan projek air telah siap dan 18 lagi dalam pelaksanaan.

Katanya, sebagai contoh LRA Kundasang yang boleh menyalurkan 15 juta liter per hari telah siap pada Nov 2023.

Di Sandakan pula, projek menaiktaraf sistem dan pembinaan 5 buah tangki simpanan dijangka siap pada Julai 2026.

Amirshah juga memberitahu, kawasan Sungai Sibuga, projek pemasangan paip baharu di Kampung Tinusa 2 dijangka siap pada April 2027.

Mengenai jalan raya, beliau berkata hubungan baik kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan berapa projek dilaksanakan.

“Saya percaya, dengan hubungan baik dengan Kerajàn Persekutuan, secara tidak langsung projek-projek jalan persekutuan dan PAN Borneo akan disalurkan dengan lebih cepat.,” katanya lagi.

Setakat hari ini, katanya, ada empat pakej jalan telah pun siap iaitu Lot M – Batu 32, Lahad Datu bypass, Tawau – Semporna Pakej 1, Papar – Dongongon.

Katanya, ada 31 pakej kerja adalah dalam pembinaan “dan ia termasuklah projek-projek jalan baharu, penambahbaikan dan banyak lagi.”

Mengulas isu elektrik, Amirshah memberitahu ada lapan projek infrastruktur elektrik yang perlu diketahui rakyat.

Ia termasuklah hidroelektrik Ulu Padas (187MW), Run of River Ulu Padas (162MW) gas enjin (empat tempat berjumlah 400MW), ladang solar (15 tempat, 199MW), Battery Energy Storage System (BESS, 100MW), projek Mini Hidro (3 tempat, 200++MW), projek penyambungan Grid Sabah – Sarawak dan pembukaan semula station Janakuasa Tenom Pangi – 66MW

“Saya percaya kerajaan ini tidak sempurna, tetapi janganlah kita nafikan bahawa, usaha ini telah dijalankan dibawah Kerajaan GRS + PH,” kstanya lagi.

Beliau yakin, sekiranya Kerajaan GRS+PH diberikan kepercayaan sekali lagi, nescaya negeri ini akan lebih maju dan jaya.

Tamat

Share This Article