BANDAU,27 Nov-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa kawasan N.6 Bandau memerlukan seorang pemimpin wanita yang tegas, berwibawa dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi.

sabahheadlines
4 Min Read

BANDAU,27 Nov-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa kawasan N.6 Bandau memerlukan seorang pemimpin wanita yang tegas, berwibawa dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata demikian ketika turun padang ke Bandau semalam, sambil menyatakan keyakinan terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, yang menerima sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Menurutnya, Datuk Redonah yang juga Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menampilkan kepimpinan berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi keluarga serta komuniti luar bandar.

“Hari ini saya melihat sendiri bagaimana rakyat Bandau memberi sokongan kuat kepada Datuk Redonah.

Beliau mempunyai visi yang jelas untuk membangunkan kawasan ini melalui agenda kebajikan, pemerkasaan wanita dan peningkatan peluang kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Hajiji berkata rakyat mengenali Datuk Redonah sebagai seorang pemimpin yang bekerja dan sentiasa turun padang, bukan sekadar memberi janji.

Dengan kekuatan jentera GRS dan kepercayaan berterusan masyarakat, beliau yakin Datuk Redonah mampu membawa pembangunan lebih terancang dan kemajuan yang signifikan untuk masa depan N.6 Bandau.Beliau berkata demikian ketika turun padang ke Bandau semalam, sambil menyatakan keyakinan terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, yang menerima sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Menurutnya, Datuk Redonah yang juga Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menampilkan kepimpinan berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi keluarga serta komuniti luar bandar.

“Hari ini saya melihat sendiri bagaimana rakyat Bandau memberi sokongan kuat kepada Datuk Redonah.

Beliau mempunyai visi yang jelas untuk membangunkan kawasan ini melalui agenda kebajikan, pemerkasaan wanita dan peningkatan peluang kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Hajiji berkata rakyat mengenali Datuk Redonah sebagai seorang pemimpin yang bekerja dan sentiasa turun padang, bukan sekadar memberi janji.

Dengan kekuatan jentera GRS dan kepercayaan berterusan masyarakat, beliau yakin Datuk Redonah mampu membawa pembangunan lebih terancang dan kemajuan yang signifikan untuk masa depan N.6 Bandau.

BANDAU,27 Nov-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa kawasan N.6 Bandau memerlukan seorang pemimpin wanita yang tegas, berwibawa dan mampu membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata demikian ketika turun padang ke Bandau semalam, sambil menyatakan keyakinan terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, yang menerima sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Menurutnya, Datuk Redonah yang juga Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menampilkan kepimpinan berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi keluarga serta komuniti luar bandar.

“Hari ini saya melihat sendiri bagaimana rakyat Bandau memberi sokongan kuat kepada Datuk Redonah.

Beliau mempunyai visi yang jelas untuk membangunkan kawasan ini melalui agenda kebajikan, pemerkasaan wanita dan peningkatan peluang kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Hajiji berkata rakyat mengenali Datuk Redonah sebagai seorang pemimpin yang bekerja dan sentiasa turun padang, bukan sekadar memberi janji.

Dengan kekuatan jentera GRS dan kepercayaan berterusan masyarakat, beliau yakin Datuk Redonah mampu membawa pembangunan lebih terancang dan kemajuan yang signifikan untuk masa depan N.6 Bandau.

Share This Article