CUBAAN BUNUH DIRI DI FLAT SIM-SIM: LELAKI MAUT TERJUN DARI TINGKAT EMPAT

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 18 Nov – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah blok rumah pangsa dalam kejadian cubaan bunuh diri di Flat Sim-Sim, Blok B, Jalan Buli Sim-Sim, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang sebelum tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi dengan menaiki jentera FRT dan EMRS.

Pasukan tiba pada jam 2.38 petang, kira-kira 5 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK I Chauslim Sunsubin sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati mangsa telah terjun dari ruang tangga tingkat empat bangunan berkenaan.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi turut dibantu 15 anggota PDRM dan tiga pegawai KKM. Tiada bahaya lain ditemui dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.21 petang.Setakat ini maklumat mangsa belum diketahui.

TAMAT

Share This Article