BEAUFORT (4 OKTOBER,): Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Klias akan memperhebatkan jenteranya bagi menghadapi pilihan raya negeri.
Pengerusi GRS Klias Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata ia termasuklah memperkukuhkan persefahaman dengan parti komponen GRS dan juga Pakatan Harapan.
“Saya yakin dengan persefahaman itu kita mampu mengekalkan kerusi DUN Klias pada pilihan raya nanti,” katanya di sini hari ini.
Isnin sebelum itu melancarkan jentera pilihan raya GRS.
Menurutnya jentera GRS Klias sememangnya telah bersedia dan sudahpun digerakkan.
Katanya, pelancaran jentera pada hari ini lebih memfokuskan kepada oersefahaman dengan parti komponen GRS dan juga PH.
Beliau berkata persefahaman itu dilaksanakan pada semua peringkat termasuk akar umbi.
“Persefahaman yang terjalin itu telah memberi keyakinan kepada rakyat dan sokongan yang diberikan semakin meningkat,” katanya lagi.
Tamat
