SANDAKAN,28 Sept – “Warisan adalah parti perjuangan rakyat Sabah yang mesti dipertahankan demi masa depan negeri,” tegas Ketua Bahagian Warisan Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di salah sebuah hotel, di sini hari ini.
Beliau menekankan kekuatan Warisan tidak terletak pada individu semata-mata sebaliknya daripada kesatuan ahli yang terus memberi peluang kepada parti itu berkhidmat kepada rakyat.
“Kehadiran kita hari ini bukan hanya untuk mendengar ucapan atau perbahasan tetapi memperkukuhkan iltizam bahawa Warisan adalah parti yang membawa suara rakyat Sabah,” katanya.
Mohd Yusof mengingatkan bahawa cabaran politik semasa tidak harus melemahkan semangat ahli sebaliknya menjadi pemangkin untuk menguatkan barisan jentera parti di semua peringkat.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri kepimpinan bahagian termasuk Ketua Bahagian Rosman Madzlan, Ketua Wanita, Ketua Wira, Ketua Wirawati serta para perwakilan dan pemerhati yang hadir memberikan sokongan padu.
Beliau menegaskan komitmen Warisan untuk terus tampil sebagai benteng rakyat Sabah, sekaligus bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan semangat baharu dan keyakinan bahawa parti itu adalah wadah terbaik bagi masa depan negeri.
TAMAT
