sh@ editor
BEAUFORT (17 SEPTEMBER): Tumpuan ketika ini adalah untuk membantu rakyat yang terkesan akibat banjir.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata keutamaan pada ketika ini adalah membantu rakyat.
“Fokus kita ketika ini adalah rakyat…semua rakyat pasti terkesan dengan banjir,” katanya di sini kelmarin.
Isnin ditemui selepas mengiringi Ketua Menteri yang menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Selagon dekat sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias berkata usaha membantu rakyat itu sudah digerakkan sejak mula banjir melanda Beaufort.
“Saya sendiri telah turun ke kampung yang dilanda banjir dan saya sendiri telah meminta agar pemantauan sentiasa dibuat,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu Isnin meminta agar penduduk kampung sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan patch sekiranya diarahkan untuk berpindah.
Tamat
