KERETA MASUK GAUNG TIADA MANGSA DITEMUI

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU (10 OGOS): Kemalangan sebuah kereta di Kilometer 14 Jalan Silam lewat malam tadi menimbulkan tanda-tanya.

Kereta yang dipercayai terbabas dan jatuh ke gaung setinggi kira-kira 10 meter itu didapati kosong oleh pihak bomba dan penyelanat.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 malan dan 10 anggota bersama jentera LFRT, EMRS dan pasukan forensik segera ke tempat kejadian.

“Tetapi kami mendapati tiada mangsa berada dalam kereta tersebut,” kata Ketua Balai BBO Lahad Daty, Sumsoa Rashid.

Menurutnya Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK II Rosme Junaid mengetuai pasukan ke tempat kejadian.

“Kemalangan memang berlaku tetapi tiada mangsa ditemui dan Keadaan mangsa yang terlibat tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan menggunakan konsep SAVER sebelum memutuskan kabel bateri kenderaan bagi mengelakkan risiko kebakaran.

Operasi kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.32 tengah malam.

Turut berada di lokasi ialah lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumsoa Bin Rashid memaklumkan punca kemalangan sedang disiasat.

TAMAT

Share This Article