KERJASAMA GRS -PH DITERUSKAN: HAJIJI

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ editor

SANDAKAN (5 September): Kerjasama Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan akan diteruskan.

Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerjasama itu telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi GRS.

“Itulah yang telah diputuskan oleh MT …kita teruskan kerjasama dengan PH seperti dalam kerajaan ketika ini,” katanya kepada media selepas Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Hajiji berkata perkara biasa politik di Sabah yang agak unik.

“Umno ataupun Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang di peringkat negeri tetapi tidak di peringkat pusat …ini selalu berlaku di Sabah dan ia sememangnya unik,” katanya.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno atau BN Sabah hanya bekerjasama pada PRN17 dengan PH tetapi menolak GRS.

“Umno atau BN Sabah telah memuktamadkan untuk bekerjasama dengan PH tetapi tidak bersama GRS,” kata Zahid di Kota Kinabalu.

Sementara itu Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata bahawa beliau telah dimaklumkan pusat Islam di Sandakan telah siap lebih 75 peratus.

“Kelmarin saya sempat melawat pusat Islam itu dan dimaklumkan lebih 75 peratus telah siap …ia memberikan kemudahan untuk umat Islam bukan sahaja di sekitar Sandakan tetapi juga dari luar,” katanya dan menambah pusat Islam itu akan memiliki thafiz dan sebagainya.

Tamat

Share This Article