SLDB DIHARAPKAN TERUS BERUSAHA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALI (4 FEBRUARI): Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dihatapkan terus berusaha mencapai prestasi yang terbaik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, berdasar perancangan anak syarikat kerajaan itu, ia menunjukkan usaha mencapai prestasi terbaik mampu tercapai.

“Saya berharap SLDB mampu mencapai yang terbaik daripada yang baik pada ketika ini,” katanya pada majlis taklimat dengan anak syarikat itu di sini hari ini.

Hadir sama termasuklah pengerusi SLDB, Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin.

Isnin memberitahu, pencapaian yang terbaik itu berupaya meletakkan SLDB antara anak syarikat yang membantu kerajaan dalam pembangunan negeri.

Menurutnya, apa yang direncanakan oleh GLC itu dapat dilaksanakan dan mencapai sasaran yang diharapkan.

Sambil memuji SLDB yang turut mempelbagaikan produk, Isnin berkata, langkah itu membantu kerajaan dalam melaksanakan pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, kerajaan berharap agar GLC dapat memainkan peranan yang diharapkan.

“Kejayaan GLC bukan hanya kepada keuntungan tetapi usahanya membantu rakyat,” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article