SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

sabahheadlines
1 Min Read

KLIAS: 25 Ogos- Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih bergegas ke Kampung Kota Klias Beaufort.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Majlis Daerah Beaufort ketika dimaklumkan mengenai kebakaran di kampung tersebut.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias melahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran.

Beliau berharap kesemua mangsa agar sabar dan tabah dengan kejadian tersebut.

Turut bersama Isnin menyantuni mangsa kebakaran itu termasuklah Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Klias Haji Mohd Jali Nordin, dan Ketua Wanita Gagasan Klias Ed Farizah Edeh.

Tamat

Share This Article