Tenom, 28 Jan 2026 – Pusat Pengumpulan dan Pembelian Hasil Pertanian Tenom, diuruskan oleh Koperasi Pembangunan Desa di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, kini mencapai 85 peratus siap.
Projek fasa pertama ini dijangka memudahkan pekebun dan petani di Tenom, Kemabong, dan Melalap memasarkan hasil pertanian mereka.
Fasa kedua akan melibatkan pembinaan pusat pemprosesan hasil pertanian bersebelahan bangunan sedia ada pada pertengahan tahun ini.
Pusat ini akan memproses buah-buahan atau hasil pertanian yang kurang kualiti luaran menjadi makanan kering atau produk bernilai tambah, termasuk pengurusan lebihan hasil. Peruntukan projek ini diluluskan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Hajiji Haji Noor.
Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, berkata kementerian juga merancang membina empat pusat pengumpulan dan pembelian serupa di empat kawasan parlimen lain tahun ini bagi memudahkan petani memasarkan hasil mereka.
TAMAT
