PEMUDA PGRS MAHU TEMPOH MASA-AZRUL

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,6 MEI- Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah mahu tempoh masa yang jelas berhubung dengan pemberian khas.

Pemangku ketuanya, Datuk Azrul Ibrahim berkata, pemuda akan bersama dengan kerajaan negeri dalam menuntut hak Sabah.

” Mahkamah rayuan membenarkan penangguhan pembayaran pemberian khas itu tetapi pemuda mahukan ‘time line’ yang jelas berkaitan dengan perkara ini,” katanya kepada media di sini.

Katanya, pemuda berharap kerajaan persekutuan dapat mencari penyelesaian terhadap pembayaran pemberian khas yang tertunggak itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemuda perlu bersikap adil kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ” kerana isu ni perlukan masa agar formula yang tepat dan pembyaran balik dipersetujui oleh kedua-dua pihak.”

“Isu ini bukanlah isu yang baharu tetapi kita perlu adil kepada kerajaan persekutuan dan komitmen telahpun berjalan…kita berikan ruang kepada kerajaan persekutuan tetapi perlu ada time line yang jelas,” katanya lagi.

Mwnurutnya, time line itu perlu agar isu itu tidak dipolemikkan di negeri ini.

Share This Article