Kebimbangan Cuaca Buruk Jika PRN Sabah Diadakan November

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA MARUDU, 24 Ogos — Mungkinkah pilihan raya negeri Sabah ke-17 diadakan November?

Biarpun masih menimbulkan pertanyaan namun Persatuan Veteran ATM Tudak Berpencen Negeri Sabah (PVATTBM) Negeri Sabah meluahkan kebimbangan jika PRN pada November.

Alasannya ialah November adalah musim tengkujuh.

Yang Dipertua PVATTBM Datuk ZamanBayang melahirkan rasa bimbang itu.

Beliauberkata: “Jika PRN diadakan dalam musim hujan, banyak kawasan berisiko dinaiki air, menyukarkan pengundi keluar mengundi dan menjejaskan kelancaran proses pilihan raya.”

Beliau menambah, cabaran logistik seperti penghantaran peti undi, pergerakan petugas SPR dan keselamatan pengundi juga akan bertambah rumit. “Keadaan geografi Sabah yang kompleks, termasuk kawasan berbukit dan perkampungan terpencil, menjadikan perancangan lebih mencabar semasa musim hujan,” ujarnya.

Setakat ini, tarikh rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau pengundian belum diumumkan. Namun, berdasarkan tempoh penggal lima tahun sejak 2020, PRN dijangka selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pelbagai pihak mula menggesa agar pilihan raya diadakan lebih awal, seawal September atau awal Oktober, bagi mengelak gangguan akibat cuaca buruk.

SPR menyatakan kesediaan mengendalikan pilihan raya dalam apa jua keadaan, tetapi menekankan faktor cuaca, keselamatan dan logistik perlu diambil kira.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan rakyat dapat memilih dengan selesa tanpa halangan cuaca atau bencana,” tambah Dato’ Zaman.

TAMAT

Share This Article