KINABATANGAN , 22 Januari 2026 – Kementerian Komunikasi mengumumkan pelanjutan waktu operasi bagi Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag, Sabah.
Langkah ini diambil bagi memudahkan urusan para pengamal media untuk mendapatkan maklumat rasmi serta melaporkan perkembangan terkini sepanjang hari pengundian berlangsung.
Pelanjutan Pusat Media
telah ditetapkan pada
sabtu, 24 Januari 2026 pada jam9.00 pagi hingga 9.00 malam.
Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kota Kinabatangan, Simpang Batu 8, Jalan Bukit Garam, 90200 Kinabatangan, Sabah.
Kementerian Komunikasi mengundang semua pengamal media untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan di pusat tersebut bagi memastikan penyaluran maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut pihak media boleh menghubungi penyelaras Pusat Media PRK, Puan Nurbaiti Bakthir di talian 017-6268287.
