WARGA EMAS MAUT DILANGGAR PACUAN EMPAT RODA

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

SANDAKAN: 24 Ogos – Wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta oacuan empat roda di Jalan Batu Sapi, Sandakan, semalam.

Mangsa yang berusia 62 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan,Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata,kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 7.15 malam ketika seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun sedang memandu kenderaan dari arah pusat bandar Sandakan menghala ke Taman Mawar.

Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba melintas jalan dari kanan ke kiri.

Disebabkan jarak yang terlalu dekat pemandu tidak sempat membrek lalu terlanggar mangsa di bahagian kanan jalan.

Perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke lorong sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent, Sandakan, untuk proses bedah siasat.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) APJ 1987.

TAMAT

Share This Article