SETIAUSAHA POLITIK KANAN PM SERAH PERUNTUKAN KHAS JELAJAH WIRA MADANI KEPADA ESSCOM

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 18 Ogos – Kerajaan tidak mengabaikan kebajikan anggota keselamatan di negara ini.

Kerajaan juga sentiasa berusaha memperkasakan kebajikan itu dan ia diterhemahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melawat Ibu Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini hari ini.

Beliau disambut Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B. Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd. Ali sebelum mengadakan sesi perbincangan berkaitan isu semasa keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone).

Shamsul berkata, kerajaan sentiasa komited memperkukuhkan tahap keselamatan di ESS Zone seiring aspirasi Malaysia MADANI, selain memastikan kebajikan pasukan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyerahkan replika cek peruntukan khas Jelajah Wira MADANI kepada pihak pengurusan tertinggi ESSCOM sebagai simbolik penerimaan.

Inisiatif tersebut dirangka bagi menganjurkan program menghargai pengorbanan pasukan keselamatan yang komited mempertahankan kedaulatan negara dan ketenteraman rakyat.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Encik Khairil Hilmi Mokhtar; Timbalan Komander ESSCOM, YBrs. Brigadier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin serta pegawai kanan ESSCOM dan Pejabat Perdana Menteri.

TAMAT

Share This Article