TAHLIL DAN DOA UNTUK ARWAH ZARA DISELURUH MASJID DI SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (14 OGOS): Umat Islam memenuhi Masjid Bandaraya bagi menyertai Majlis Tahlil dan Doa Kesejahteraan Allyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Majlis bermula dengan solat Maghrib dan solat Hajat yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sabah.

Manakala majlis tahlil dan doa kesejahteraan dipimpin oleh Mufti Negeri Sabah.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri turut hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan.

Tamat

Share This Article