SPRM SABAH TANAH JURUUKUR BAHAN PBT TERIMA SUAPAN LEBIH RM200,00

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

KOTA KINABALU: 9 Julai -Seorang juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan melebihi RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal.

Perintah reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah melebihi RM200,000 antara tahun 2021 hingga 2024 melalui beberapa transaksi melibatkan kontraktor dan syarikat pembekal.

“Bayaran itu dipercayai sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek ditawarkan PBT, termasuk pembasmian kemiskinan, pembinaan rumah mesra Sabah, pembersihan pusat pembuangan sampah serta pembekalan alat ganti kenderaan,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

TAMAT

Share This Article