HAZEM TERUS DEKATI RAKYAT

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Jalie Muhamad

SANDAKAN: 29 Jun- Lebih 800 bakul makanan telah berjaya diagihkan kepada penduduk dalam Dun Sungai Manila termasuk PPR Sungai Manila pada kelmarin

Sumbangan peribadi Haji Hazem Tun Musa itu adalah bagi membantu mengurangkan beban ketika kos sara hidup melambung naik ketika ini.

Hazem yang merupakan Ketua Bahagian Gagasan rakyat DUN Sungai Manila berkata inisiatif itu adalah usaha beliau dalam membantu rakyat.

Menurut Hazem pengagihan bakul makanan ini dilakukan tanpa mengira latar belakang kaum mahupun fahaman politik.

“Kita ingin memastikan semua penduduk mendapat manfaat, tidak kira apa suku kaum atau parti yang mereka wakili. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada seluruh komuniti,” katanya.

Selepas pengagihan bakul makanan kepada kira 900 isi rumah PPR Sungai Manila, rutin Ketua Bahagian itu menziarahi warga di kawasan itu dengan melawat seorang kanak-kanak dan seorang warga emas yang memerlukan perhatian khas di kawasan perumahan PPR tersebut.

Hazem turut meluahkan rasa syukur dan gembira atas sambutan hangat daripada penduduk serta kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha memperkukuh perpaduan serta memperjuangkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Tamat

Share This Article